Sunday, September 27, 2009

fast and Furious 4 (2009)

Synopsis:
Film bermula dengan Dominic Toretto dan kumpulannya merampas tangki minyak petrol daripada lori tangki yang sedang bergerak di sebatang jalan raya di Republik Dominica. Selepas rampasan tersebut, dia merancang untuk meninggalkan teman wanitanya Letty untuk mengelakkannya daripada diburu pihak berkuasa. Namun demikian, semasa di Bandaraya Panama, dia menerima panggilan telepon daripada adiknya Mia yang mengatakan Letty telah mati dibunuh. Dom bergegas pulang ke Los Angeles dan berjumpa kesan nitrometana semasa dia memeriksa kesan kemalangan jalan raya yang meragut nyawa Letty. Dia seterusnya memaksa satu-satunya mekanik yang menggunakan nitrometana untuk memberikan maklumat mengenai David Park yang memesan bahan api tersebut.
Sementara itu pula, Brian O'Conner, kini seorang ejen FBI, sedang menyiasat kes penyeludupan adalah yang didalangi Arturo Braga. Dia secara kebetulan terserempak dengan Dom semasa dia cuba menyelamatkan Park daripada dihumban keluar tingkap oleh Dom yang sedang marah. Melalui kerjasama yang diberikan Park kepada pihak FBI, Park membawa Brian dan Dom berlomba  mendapatkan tempat sebagai pemandu bagi operasi menyeludup dadah merentasi sempadan Amerika Syarikat-Mexico. Brian kalah, tetapi dia menggunakan kuasanya bagi mendapatkan satu lagi tempat dalam operasi menyeludup tersebut.
Esoknya, kumpulan tersebut berjumpa Fenix, orang bawahan Braga, dan seterusnya memandu merentasi sempadan AS-Mexico. Semasa dalam keadaan genting, Dom meletupkan keretanya dengan melepaskan gas dari tong nitrus oksida ke soket penyala rokok untuk melepaskan diri sementara Brian merampas sebuah SUV Hummer.
Seterusnya, Brian memberitahu orang atasannya bahawa dia boleh mengumpan Braga untuk membolehkan pihak polis menangkapnya, tetapi dengan syarat Dom mesti diberi pengampunan oleh kerajaan terlebih dahulu. Namun, rencana tersebut gagal apabila mereka mendapati Braga yang ditangkap adalah yang palsu manakala Braga yang sebenar sudah melarikan diri.
Berikutan kegagalan misi tersebut, Brian dan Dom sendiri pergi menangkap Braga di sebuah gereja lama di Mexico. Semasa konco-konco Braga mencoba menghambat mereka bagi menyelamatkan Braga, Dom dan Brian melarikan diri melalui sebuah terowong "laluan tikus" untuk kembali ke AS. Brian tercedera semasa dalam terowong akibat dilanggar Fenix. Sebelum Fenix sempat menembak Brian, Dom melanggar dan seterusnya membunuh Fenix.
Selepas segalanya berakhir, Dom mengambil keputusan untuk menyerah diri kerana dia sudah penat hidup dengan melarikan diri; tambahan pula, misi utamanya untuk membalas dendam atas kematian Letty sudah selesai. Dom dikenakan hukuman penjara 25 tahun walaupun rayuan sudah dibuat untuk meringankan hukuman yang dikenakan. Semasa bas penjara dalam perjalanan membawa Dom ke penjara, Mia, Brian, Tego dan Rico tiba di kereta masing-masing untuk menghalang bas tersebut. (sumber:wikipedia)



Heading back to the streets where it all began, two men rejoin two woman to blast muscle, tuner and exotic car across Lost Angeles and Floor through the Mexican desert. When a crime brings them back to L.A fugitive ex -con Dom Toretto reignites his feud with agent Brian O'Connor. But as forced to confront a shared enemy. Dom and Brian must give in to an uncertain new trust if they hope to outmaneuver him.


            




Cast :

0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates